JellyPages.com

Isnin, 29 September 2014

THIS IS ME !


It's me ;-)
Nama saya Nurul Kaiyisah Binti Ismail. Nama panggilan kawan- kawan ialah Kai. Saya berumur 22 tahun. Saya lahir pada tanggal 29 Mei 1992 di Hospital Changkat Melintang Perak. Saya anak ke 4 dari 6 orang adik beradik. Hobi saya ialah memasak. Saya suka sangat memasak dan suka mencuba pelbagai resipi yang baru. Cita- cita saya ialah menjadi seorang bankers, InsyaAllah.  
 Bagi saya, kekuatan yang ada pada diri saya ialah saya seorang yang tidak mudah berputus ada. Jika ada perkara- perkara negatif berlaku atau sebagainya, saya akan berusaha untuk memperbaikinya  dalam pelbagai aspek terutama memperbaiki diri sendiri. Pada saya, mehnah terjadi kerana kesilapan daripada diri kita sendiri tanpa kita sedari. Pada masa kini pula, saya mahu memperbaiki diri supaya sentiasa berfikiran positif. Orang yang sentiasa berfikiran positif akan tahu matlamat hidup yang ingin dicapai, juga akan berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah. Saya juga seorang  yang sangat menetapi masa. Jika berjanji untuk  berjumpa pukul 10 pagi, sebelum pukul 10 pagi saya sudah sampai ke tempat yang telah dijanjikan. Semasa saya belajar di peringkat diploma, saya selalu pergi ke kelas bersendirian kerana tidak suka menunggu.
Kekurangan saya pula ialah mengeluarkan suara yang perlahan lebih- lebih lagi ketika presentation. Ketika saya belajar di peringkat diploma, saya telah memperbaikinya  pada setiap semesta, tetapi ia tidak mencapai  lagi tahap yang saya inginkan. InsyaAllah, saya akan memperbaiki diri saya lagi. Dahulu, saya seorang yang sangat pemalu, bak kata orang “malu tak pertempat”. Disebabkan selalu membuat presentation semasa berada di peringkat diploma, alhamdulillah ia dapat diperbaiki. Rasa malu ketika hendak membuat presentation tidak lagi, cuma sedekit gementar itu perkara biasa.  












Ini sahaja perkongsian daripada saya, Terima Kasih ^_^