JellyPages.com

Sabtu, 15 Oktober 2011

AMALAN UNTUK MEMPERBAIKI AKHLAK

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari timbunan hutang piutang dan kezaliman manusia."

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyu', mata yang tidak menangis, jiwa dan nafsu yang selalu rasa tidak cukup (tamak) dan doa yang tidak diterima."

"Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda, selawat yang dapat meluaskan rezeki kami dan mengelokkan akhlak kami."

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari akhlak yang keji, amalan yang buruk dan hawa nafsu."

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang tenang yang percaya dengan hari berjumpaMu dan redha dengan qadha'Mu serta bersyukur dengan pemberianMu."

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu hidayah dan takwa, sifat wara' dan kekayaan jiwa dan hati."  

"Maha Suci Allah pemilik sekalian alam Yang Maha Suci dari segala kekurangan yang dapat berbuat apa sahaja yang dikehendaki. Sekiranya Dia ingin menghilangkan kamu dan membawa datang makhluk yang lain, Dia boleh melakukan, Demikian adalah sangat mudah bagi Allah."

"Tuhan yang bersifat Maha Hidup, yang dituju kepadaNya segala hajat dan Dialah Tuhan Yang Kekal, bagiNyalah dinding yang teguh."

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku dan bukakanlah ikatan lidahku supaya mereka dapat memahami perkataanku."

"Ya Allah, berikanlah hidayah kepada jiwaku, ilhamkanlah kepadanya kebaikan dan ketakwaan, sucikanlah jiwaku, Engkau sebaik- baik penyuci, Engkau pemilik dan Tuannya."

Jumaat, 14 Oktober 2011

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Firman Allah s.w.t. :
" Allah mengangkat darjat/ pangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang dikurniakan ilmu diangkat beberapa darjat." (Al-Mujadilah: 11)

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan"

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Sesiapa yang Allah hendak kurniakan kepadanya kebaikan yang banyak ia diberikan kefahaman dan ilmu ( yang betul) tentang agama"

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Sesiapa yang belajar satu bab ilmu (kerana Allah) untuk diajarkan kepada manusia, diberikan kepadanya pahala tujuh puluh orang siddiq ( wali-wali besar)"

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Seluruh makhluk dilangit dan dibumi meminta ampun bagi orang-orang yang berilmu"

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Sesiapa yang melangkah untuk mempelajari ilmu, diampunkan baginya sebelum ia melangkah"

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Barangsiapa memuliakan orang-orang yang berilmu, sesungguhnya ia telah memuliakan daku. Sesiapa yang memuliakanku sesungguhnya ia telah memuliakan Allah, sesiapa yang memuliakan Allah, maka tempatnya ialah Syurga"

Sabda Rasulullah s.a.w :
" Tidur orang yang berilmu itu adalah lebih baik dari ibadat orang yang jahil"


Sabda Rasulullah s.a.w :
" Barangsiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah takwanya, ssungguhnya tidaklah bertambah ia daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya"

Kata Saidina Ali :
" Barangsiapa yang menuntut ilmu, sesungguhnya Syurga itu sentiasa menuntutnya. Barangsiapa yang menuntut maksiat, sesungguhnya neraka itu sentiasa menuntutnya"

Kata Imam Al-Ghazali :
" Ilmu tanpa amal adalah gila, manakala amal tanpa ilmu pula adalah sia-sia"

Kata Al_Arif billah Ibnu 'Atailah :
" Ilmu, jika disertai dengan takut kepada Allah maka ia dapat menolongmu dan menjadi sahabatmu. Jika tidak, maka ia boleh menjadi musuhmu dan membawa kehancuran kepadamu"

ILMU DAN HARTA

Ilmu lebih baik daripada harta:

  • Ilmu adalah warisan para nabi manakala harta adalah warisan Qarun dan fir'aun.
  • Ilmu menjaga dan memelihara tuannya manakala harta pula tuannya perlu menjaganya.
  • Orang yang mempunyai ilmu ramai sahabatnya manakala orang yang mempunyai harta ramai musuhnya.
  • Ilmu itu jika diajarkan ia akan bertambah manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.
  • Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan manakala orang yang berharta pula diseru dengan kecelaan dan kebakhilan.
  • Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri manakala harta pula perlu dijaga dari kecuriaan.
  • Ilmu dapat memberi syafaat kepada tuannya dan orang lain manakala orang yang berharta akan dihisab pada Hari Kiamat.
  • Ilmu adalah kekal manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.
  • Ilmu dapat menerangkan hati manakala harta pula dapat mengeraskan hati.
  • Orang yang berilmu mendakwa kehambaan manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.

Selasa, 11 Oktober 2011

HATI ADALAH SEGALANYA

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa)." (Riwayat Abu Ya'la)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

"Dan janganlah engkau usir orang- orang yang beribadah dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedangkan mereka menghendaki keredhaan-Nya semata- mata." (Surah al- An'am: 52)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya segala amal itu adalah menurut niat dan untuk setiap manusia ialah apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnay pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (Surah al- Isra': 36)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya terhapus yang buruk. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang luhur." (Riwayat al- Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Aku telah diutus semata- mata untuk menyempurna budi pekerti yang mulia."
 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
" Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai budi pekerti yang amat luhur."                   (Surah al-Qalam: 4)

"Sesungguhnya Allah itu mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati- hati...maka hati yang paling disukai oleh Allah itu ialah hati yang LEMBUT, BERSIH DAN CEKAL.

"Hati seorang Mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Manakala, hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit."


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Suatu khianat besar bila kamu berbicara kepada kawanmu dan dia mempercayai kamu sepenuhnya padahal dalam perbicaraan itu kamu berbohong kepadanya." (Riwayat Ahmad dan Adu Daud)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Janganlah banyak berkata- kata selain zikrullah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yang terhindar jauh daripada Allah adalah orang yang memiliki hati yang keras." (Riwayat al- Tirmizi)

"Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik- baik tempat bagi mereka."

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan." (Surah al- Baqarah)

Firman Allah s.w.t. :  
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menjadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan Kami (Allah) menjadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal- kenalan. Sesungguhnya semulia- mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu..."               (Surah al- Hujurat)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Jibril sentiasa berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka jiran itu akan saling mewarisi." (Riwayat Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Pandangan mata kamu itu merupakan anak panah yang beracun daripada anak panah iblis."

Firman Allah s.w.t. :
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka menutup pandangan mereka daripada melihat yang terlarang dan menjaga kehormatannya daripada kejahatan (jangan berzina). Demikianlah yang sebaik- baiknya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan." (Surah al- Nur)

Firman Allah s.w.t. :
"Jangan kamu mendekati perbuatan zina kerana ia (zina) perbuatan yang keji." (Surah al- Isra': 32)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jangan engkau membunuh hatimu dengan banyak makan dan tidur. Ianya akan melalaikan kita daripada mengingati Allah."

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang yang paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lama lapar pada hari kiamat."            (Riwayat al- Hakim)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah lebih menyayangi orang Mukmin yang kuat daripada orang Mukmin yang lemah." (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jauhilah segala yang haram nescaya kamu menjadi orang yang paling khusyuk beribadah. Redalah dengan pembahagian rezeki Allah kepadamu nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada jiran nescaya kamu termasuk orang Mukmin. Cintailah orang lain pada hal- hal yang kamu cintai bagi dirimu sendiri nescaya kamu tergolong orang Muslim dan janganlah terlalu banyak tertawa, sesungguhnya terlalu banyak tertawa itu mamatikan hati." (Riwayat Ahmad da al- Tirmizi)

Isnin, 10 Oktober 2011

HATI

Terdapat 3 jenis hati iaitu:

1) Qalbun Sahih

Bermaksud hati yang suci. Apabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih, sihat dan  bebas daripada segala ganguan yang boleh menyebabkan pemililnya menentang perintah dan larangan  Allah s.w.t. Orang yang memiliki hati yang suci ini, akan terselamat daripada mengambil  hukum yang   bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Apa yang mereka lakukan, semuanya kerana Allah. Jika  mereka membenci, bencinya adalah kerana Allah.,Begitu juga jika mereka mencintai. Cinta itu hanya  kerana Allah. Maksudnya apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana Allah.
                                                                                 
2) Qalbun Mayyit
Bermaksud hati yang mati. Orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka   tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah.,Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredhaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah. Nafsu dan syaitan akan   mencorakkan hati manusia dengan sifat- sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit- penyakit hati.



 3) Qalbun Maridh
Bermaksud hati yang sakit. Golongan yang mempunyai hati jenis ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih- benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, cintakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan daripada sifat yang tercela ini. Orang yang mempunyai hati yang sebegini, mempunyai pengaruh untuk mengikut bisikan yang paling kuat. Jika dunia yang paling kuat, dia akan cenderung untuk mengikut dunia. Jika akhirat yang paling kuat, golongan ini akan cenderung untuk mengikut akhirat.


 Yang manakah HATI KITA??????????????????????

Ahad, 9 Oktober 2011

SUNGGUH KAMI RINDU

Tahukah kita? Bahawa Rasulullah pernah menyatakan KERINDUAN baginda kepada umat akhir zaman.Aku rindu untuk bertemu dengan 'ikhwan'ku (saudara- saudaraku). Para sahabat bertanya tentang 'ikhwan' itu: "Bukankah kami saudaramu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu semua adalah sahabat- sahabatku, 'ikhwan'ku adalah mereka yang belum datang lagi (umat yang akan datang). Lalu para sahabat bertanya bagaimanakah Rasulullah mengenali mereka di akhirat sedangkan Rasulullah tidak bertemu dengan mereka di dunia. Maka Rsulullah menyatakan Baginda mengenali mereka dari KESAN WUDUK mereka.


Wahai saudaraku, jadilah kita umat yang SANGAT DIRINDUI oleh baginda. Yang tetap BERIMAN dan MENCINTAI baginda WALAUPUN TIDAK PERNAH BERTEMU baginda. Yang tetap beramal dengan sunnah baginda, membaca al- Quran serta beriman dengan seluruh isinya. Yang tetap teguh mentaati Allah dan rasulNya di zaman huru hara. Begitulah nilaian Allah. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta. Pengorbanan dan kesungguhan untuk menjadi kekasih Allah dan rasulNya,diukur pada nilaian taqwa dan dibuktikan dengan kesungguhan beramal dengan al- Quran dan sunnah baginda. Rasulullah sangat rindukan umatnya yang taat di akhir zaman.Apakah kita juga rindukan baginda dengan setulus hati kita? DI MANA BAGINDA DI HATI KITA???????????????????????Fikir- fikirkanlah..................

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum... Semoga kita dapat berkongsi ilmu yang berguna untuk kebaikan kita bersama... INSYAALLAH... :-)