JellyPages.com

Isnin, 10 Oktober 2011

HATI

Terdapat 3 jenis hati iaitu:

1) Qalbun Sahih

Bermaksud hati yang suci. Apabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih, sihat dan  bebas daripada segala ganguan yang boleh menyebabkan pemililnya menentang perintah dan larangan  Allah s.w.t. Orang yang memiliki hati yang suci ini, akan terselamat daripada mengambil  hukum yang   bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Apa yang mereka lakukan, semuanya kerana Allah. Jika  mereka membenci, bencinya adalah kerana Allah.,Begitu juga jika mereka mencintai. Cinta itu hanya  kerana Allah. Maksudnya apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana Allah.
                                                                                 
2) Qalbun Mayyit
Bermaksud hati yang mati. Orang yang memiliki hati jenis ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka   tidak mahu menyembah Allah serta tidak akan dicintai Allah.,Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredhaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah. Nafsu dan syaitan akan   mencorakkan hati manusia dengan sifat- sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit- penyakit hati.



 3) Qalbun Maridh
Bermaksud hati yang sakit. Golongan yang mempunyai hati jenis ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih- benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, cintakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riyak. Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan daripada sifat yang tercela ini. Orang yang mempunyai hati yang sebegini, mempunyai pengaruh untuk mengikut bisikan yang paling kuat. Jika dunia yang paling kuat, dia akan cenderung untuk mengikut dunia. Jika akhirat yang paling kuat, golongan ini akan cenderung untuk mengikut akhirat.


 Yang manakah HATI KITA??????????????????????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan