JellyPages.com

Isnin, 3 November 2014

MOTIVATION


Hello everyone......, for this week, my task is about motivation and what means this  quotes to me. So, I'll share two quotes that give meaning to my life.

The First Quotes

Kenapa saya memilih ayat ini sebagai motivasi kepada diri saya??? Okey, after saya disahkan  sakit oleh doctor, off course la saya sedih kan. Dah la tak pernah dengar langsung nama penyakit tu(dalam hati,Ya Allah penyakit apa benda la ni). Then, kawan pula cerita yang mak sedara dia mempunyai penyakit sama dengan saya telah meninggal dunia selepas operation dan selepas- selepas itu pun ada orang yang memberitahu perkara yang lebih kurang sama(Allah je la yang tahu apa perasaan saya). Sejak sakit, hospital dah macam rumah kedua, sentiasa ulang- alik ke hospital saja. Waktu mula- mula sakit, setiap dua bulan kena pergi dua kali ke hospital, first buat ujian darah dan second berjumpa dengan doktor. Saya selalu motivate diri saya supaya sentiasa bersyukur dan menerima segala mehnah yang diberikan Allah kepada saya kerana itulah sebaik- baik ketentuan untuk saya.  Kita tidak akan pernah mengetahui apa yang paling terbaik untuk kita melainkan Allah. Kalau kita merasa sakit dan derita lihatlah orang di bawah kita. Betapa ramai lagi orang yang lebih sakit dan derita daripada kita. Sewaktu di hospital, sedang menunggu giliran, ternampaklah seorang pak cik sedang membaca majalah. Tajuk article yang dia baca ialah “Sakit Adalah Suatu BONUS”. Bagi saya, tajuk itu sangat interesting untuk saya fikirkan. Sudah enam tahun saya sakit, keadaan lebih baik dari mula- mula dahulu, Alhamdulillah.

The second quotes

Kalau saya mendengar radio IKIM dalam slot bersama Dr. Prof Muhaya Celik Mata & minda, beliau selalu menyebuat jangan mudah berputus asa dan jangan sesekali berputus asa kerana rahmat Allah itu maha luas. Saya selalu motivati diri saya supaya tidak mudah berputus asa. Kita sebagai hamba Allah sememangnya banyak kekurangan, jadi kita perlu sentiasa memperbaikinya. Saya juga pernah tersungkur,banyak kali tetapi saya tidak akan membiarkan ia menghantui hidup saya. Kita perlu memperbanyakkan doa kepada Allah kerana Dialah yang akan memberikan kekuatan untuk kita bangun semula selepas terjatuh.

Okey, ini sahaja perkongsian daripada saya ^_^

 Ah Boy Short Film
http://youtu.be/As76MHuh1sU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan