JellyPages.com

Isnin, 27 Oktober 2014

CONFLICTS & HOW TO RESOLVING CONFLICTS

Hello semua.... My task for this time is about CONFLICT. Everyone will face a conflict in their daily life. Di dunia ini, Allah menciptakan manusia ni dengan pelbagai jenis perangai, ragam & kerenah. Ia salah satu kekuasaan Allah SWT yang Maha Pencipta. 
 Allah SWT telah memberikan kita ini “manusia” sesuatu yang sangat berharga, tidak diberikan kepada makhluknya yang lain iaitu AKAL. So, jika kita DIHEMPAP oleh conflict yang membebankan, kita perlu menggunakan kewarasan akal dalam tindakan kita. Jangan sesekali menggunakan “emosi” kerana ia selalunya memberikan kesan yang negatif.
  Apabila kita duduk di hostel, tentulah kita tinggal bersama- sama rakan kita. In one room have 4 people, so akan ada 4 jenis perangai yang berbeza- beza. 
Biasanya, conflict yang saya hadapi sama sahaja, dari awal semesta hinggalah akhir semesta hehe. Saya ni sebenarnya tidak suka suasana yang terlalu bising lagi- lagi pada waktu saya nak study dan tidur(bila jadi mcm ni saya akan sedih & stress). So, apa yang saya buat ialah saya akan menangis( saya ni jenis mudah sedih) dan saya akan membaca doa. Doa yang saya baca ialah DOA MENGUBATI PERASAAN DUKA ATAU STRESS. Pada saya, setiap perkara yang berlaku adalah mehnah(ujian) untuk saya. Allah sahaja pengubat kesedihan. Selepas membaca doa itu berkali- kali, Alhamdulillah jiwa saya menjadi tenang.

 Okey, ini sahaja perkongsaian daripada saya ^_^

 Doa Buat Mengubati Perasaan Duka Atau Stress


Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”. 

Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini. Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw :
Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ?
Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan