JellyPages.com

Ahad, 19 Oktober 2014

MENDIDIK DIRI BERFIKIRAN POSITIF :-)


Hai semua......,hihi. Pada kali ini my lecturer bagi free toipc. Setelah berfikir panjang, so today I want to write about “MENDIDIK DIRI BERFIKIRAN POSITIF. Interesting tak tajuk ni hehehe.

Sebelum tu, saya nak tanya, susah atau tidak jika nak didik diri berfikiran positif setiap masa??? Haaaaaaaaaa, saya tahu, SUSAH bukan. Hidup ni banyak dugaan. Sekeliling hidup kita ni penuh dengan cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi. Tempuhilah dugaan dan cabaran itu dengan redha kerana Allah juga akan redha dan mengasihi kita. 

Bilalah nak cerita pasal tajuk ni kn....., Sabar- sabar hehe, tak masuk lagi berkaitan tajuk yang hendak dikongsikan. Itu baru “pembuka bicara” huhu.

Di sini saya nak share macam mana saya memdidik diri saya untuk berfikiran positif. Terdetik hati saya untuk memikirkan hal ini after mendengar segment “Celik Minda & Hati” bersama Prof Dr Muhaya di radio Ikim fm. Selepas mendengar, saya dapat gambarkan pentingnya untuk kita SENTIASA berfikiran positif. Hal ini kerana, ia memberi impact yang agak besar kepada diri kita. Sebagai contoh, bila kita sentiasa positif, our life akan lebih ceria dan bahagia. Apabila kita memikirkan sesuatu yang negatif, ia akan membebankan akal dan jiwa kita, badan pun automatik akan menjadi lemah. Walaupun perkara or benda yang tak baik datang, apabila kita melihat perkara itu sesuatu yang positif maka ia akan positif, jika tidak akan berlaku sebaliknya.

Baucer buku yang diberikan oleh kerajaan adalah suatu yang “berharga” buat saya. Mesti korang pelik bukan hehehe. Saya berkata bergitu kerana, itulah permulaan saya mendidik diri membeli dan membaca buku. Alhamdulillah, sekarang dah penuh rak buku dengan buku- buku. Nak tahu tak, buku jenis apa yang saya beli???huhu. Haaaaa..., buku- buku yang saya beli semuanya berbentuk MOTIVASI. Bagi saya, jenis buku yang kita baca pada masa SEKARANG akan guide kita, bagaimana kita pada masa HADAPAN. 

Okey, saya nak bagi infomation bagaimana mahu mendidik diri sentiasa positif. Melalui pengalaman saya, ia sebenarnya ada related dengan keimanan kita sebenarnya. Percaya atau tidak??? Saya nak bagi satu contoh situasi. Kalau kita solat khusyuk, tambah pula dengan solat- solat sunat dan amalan kebaikan yang lain seperti sedekah, berbuat kebaikan sesama manusia( buat yang termampu kerana bukan senang nak puaskan hati semua orang), sentiasa berzikir dan memohon keampunan juga redha daripada Allah, jiwa dan hati kita akan sentiasa tenang bukan(try la, anda akan faham maksud saya). Kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Ditambah pula buku- buku motivasi dan tarbiah yang kita baca, jika hadirnya musibah automatik kita akan terus berfikir positif dengan segala perkara yang berlaku pasti ada hikmah.(harap contoh ini semua boleh faham hehe, kadang- kadang apa yang kita rasa sukar nak diterjemahkan melalui kata- kata mahupun penulisan). Lagi satu contoh ialah, apabila orang mengkritik kita, kita tidak mudah terasa hati. Ambil kritikan itu untuk improve diri supaya menjadi manusia yang lebih berjaya dan bermotivasi.

Baiklah, setakat ini saja perkongsian saya pada kali ini, saya akan kongsikan gambar- gambar buku dalam koleksi saya hehe...., bye2...

sangat mengajar menjadi manusia yang sentiasa positif

buku ni paling menusuk kalbu kot huhu

tingginya kasih sayang Allah kepada hambaNya

membuat daku berfikir tentang banyak perkara























2 ulasan: